SHAH ALAM, 29 OGOS: Koleksi piala, pingat termasuk raket badminton dimiliki keluarga Datuk Mohd Sidek Abdullah Kamar bakal dipamerkan di kediaman mereka di Kanchong Darat, Banting.
Menurut EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah, kediaman yang bakal dijadikan rumah warisan dan tarikan pelancongan terbaharu sedang dibincang bersama Jabatan Warisan sebelum dimuktamadkan.
"Kita juga akan perbaiki reban ayam yang sinonim dengan anak-anak Sidek. Reban ayam ini 'rumah kedua anak-anak Sidek' jika mereka didenda akibat melakukan kesalahan," katanya.
Sebelum ini, Datuk Dr Mohmed Misbun Datuk Mohd Sidek berharap usaha menjadikan rumah keluarganya sebagai rumah warisan lancar dan diketahui ramai untuk membuat kunjungan.
November lalu, Selangor menganjurkan Pameran Anak-anak Sidek memparkan kejayaan keluarga Allahyarham Sidek yang membentuk lima anak lelakinya sebagai pemain badminton ternama dunia.
Allahyarham turut melatih Misbun, Razif, Jalani, Abdul Rahman dan Abdul Rashid di gelanggang kediamannya di Kampung Kanchong Darat, Banting, Kuala Langat.
Koleksi dipamerkan termasuk pingat kejohanan dunia badminton, Men Doubles Winne, Keseluruhan England, Komanwel, Sukan Asia, Sukan Sea dan cenderamata lima beradik itu.