ad
AGENDA

Arca Menara KL, KLCC tarikan rumah Pak Teh, meriahkan sambutan merdeka

29 Ogos 2024, 4:23 AM
Arca Menara KL, KLCC tarikan rumah Pak Teh, meriahkan sambutan merdeka
Arca Menara KL, KLCC tarikan rumah Pak Teh, meriahkan sambutan merdeka
Arca Menara KL, KLCC tarikan rumah Pak Teh, meriahkan sambutan merdeka
Arca Menara KL, KLCC tarikan rumah Pak Teh, meriahkan sambutan merdeka

PUCHONG, 29 OGOS: Hampir setiap pagi tanpa jemu, Zakariah Hamid, 62, meluangkan masa melakukan kerja penyelenggaraan terhadap arca Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas (KLCC) di kediamannya di Kampung Seri Langkas Tambahan, di sini.

Arca bangunan ikonik negara dari besi konkrit setinggi kira-kira empat meter itu dihasilkan pesara kontraktor ini sendiri pada 2021 ketika negara berada dalam perintah kawalan pergerakan akibat wabak Covid-19.

Mesra dengan panggilan Pak Teh, beliau memberitahu, kedua-dua arca itu turut dihiasi lampu solar sistem lampu diod pemancar cahaya (LED) bagi memeriahkan sambutan hari merdeka ke-67 tahun ini.

“Pak Teh pasang bendera Jalur Gemilang setiap tahun. Sejak 2021 halaman rumah Pak Teh ada arca besi Menara KL, KLCC dan lampu solar LED untuk tonjolkan kelainan.

“Semua ini Pak Teh buat sikit demi sikit, termasuk basikal, payung, kapal terbang dan beberapa hiasan lain. Pak Teh memang suka lakukan reka cipta dan berasa puas apabila lihat ia menjadi,” katanya ketika ditemui Selangorkini, baru-baru ini.

[caption id="attachment_660600" align="aligncenter" width="865"] Zakariah Hamid, 62, atau Pak Teh bersama arca besi Menara KL dan KLCC termasuk hiasan lampu solar LED yang dihasilkannya sempena sambutan kemerdekaan di kediamannya di Kampung Seri Langkas Tambahan, Puchong ketika ditemubual Media Selangor pada 26 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Bapa empat anak itu menggunakan kira-kira 3,300 meter lampu solar LED yang dibeli secara atas talian bagi menghias arca besi dan barangan hiasan lain dengan anggaran kos keseluruhan RM3,000.

Menurutnya, penggunaan lampu solar LED daripada sumber tenaga boleh diperbaharui amat mudah dan murah sekali gus membantu menjimatkan bil elektrik serta melindungi alam sekitar.

Datuk lima cucu ini tidak menyangka usahanya itu menarik perhatian penduduk yang mengibaratkan perkarangan rumahnya seoerti 'mini I-City' sebelum tular di laman sosial Facebook April lalu.

“Pak Teh tak sangka rumah ini menjadi tarikan. Ada datang sejauh dari Sabah dan Pulau Pinang, malah Pak Teh juga pernah terima rombongan kira-kira 50 orang serentak.

“Tetapi Pak Teh sebenarnya rasa seronok apabila melihat mereka tersenyum gembira dan memuji hasil tangan Pak Teh. Setakat ini belum pernah ada yang mengutuk atau mengeji,” katanya.

[caption id="attachment_660601" align="aligncenter" width="931"] Zakariah Hamid, 62, atau Pak Teh bersama arca besi Menara KL dan KLCC termasuk hiasan lampu solar LED yang dihasilkannya sempena sambutan kemerdekaan di kediamannya di Kampung Seri Langkas Tambahan, Puchong ketika ditemubual Media Selangor pada 26 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Keunikan kediaman anak kelahiran Klang ini turut melayakkannya memenangi pelbagai pertandingan termasuk Johan Rumah Teladan pada 2018 serta Rumah Jalur Gemilang tahun lalu daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Beliau turut berharap lebih ramai rakyat menghias perkarangan rumah mengikut kreativiti masing-masing bagi meluahkan rasa patriotik dan sayang terhadap Malaysia.

“Pak Teh harap lebih ramai dapat kibarkan Jalur Gemilang sempena hari merdeka. Kalau mahu hias, lebih baik. Buatlah yang terdaya dan ikut idea masing-masing. Yang penting, kita buat ini demi negara tercinta,” katanya.

[caption id="attachment_660602" align="aligncenter" width="1005"] Zakariah Hamid, 62, atau Pak Teh bersama arca besi Menara KL dan KLCC termasuk hiasan lampu solar LED yang dihasilkannya sempena sambutan kemerdekaan di kediamannya di Kampung Seri Langkas Tambahan, Puchong ketika ditemubual Media Selangor pada 26 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.