ad
AGENSI

Gagasan Rumpun Selangor: Raja Muda naik skuter elektrik tinjau kawasan tarikan Klang

28 Ogos 2024, 8:00 AM
Gagasan Rumpun Selangor: Raja Muda naik skuter elektrik tinjau kawasan tarikan Klang
Gagasan Rumpun Selangor: Raja Muda naik skuter elektrik tinjau kawasan tarikan Klang
Gagasan Rumpun Selangor: Raja Muda naik skuter elektrik tinjau kawasan tarikan Klang

KLANG, 28 OGOS: Gagasan Rumpun Selangor yang diperkenal untuk merai kepelbagaian dan menyemarak semangat perpaduan diteruskan ke daerah Klang bermula hari ini.

Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor memulakan program tiga hari itu dengan menaiki komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad dari stesen Shah Alam ke stesen Klang.

Tengku Amir Shah kemudian berkenan bersantap di Chong Kok Kopitam sebelum menaiki skuter elektrik meninjau beberapa kawasan bersejarah dan tarikan sekitar bandar ini.

[caption id="attachment_660442" align="aligncenter" width="694"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) hadir pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Klang 2024 di Stesen KTM Shah Alam pada 28 OGOS 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Ketika melawat Kedai Pandan Layer Cake yang telah beroperasi selama 47 tahun, Baginda turut berpeluang melihat proses menghias kek yang dikhaskan kepada Baginda.

Diiringi EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail, Tengku Amir Shah meluang masa menaiki bas pelancongan dua tingkat Hop-On Hop-Off (HOHO) sejauh hampir tiga kilometer menuju Pejabat Tanah dan Daerah Klang untuk sesi taklimat agensi kerajaan.

Petang ini Baginda dijadual melawat ke beberapa tempat menarik termasuk ladang ternakan rusa dan ladang buah tembikai wangi (rock melon) di Kampung Perepat, Kapar.

Sebelah malam Tengku Amir akan mengadakan acara santai bersama golongan belia di Jambatan Kota Lama dan Kota Raja Mahadi, dekat sini.

[caption id="attachment_660444" align="aligncenter" width="673"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah (tengah) hadir ke Laman Seni Safari pada Program Ekplorasi Gagasan Rumpun Selangor peringkat daerah Klang 2024 pada 28 OGOS 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Menerusi belanjawan tahun ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan program berkenaan bakal diadakan di sembilan daerah membabitkan peruntukan RM4.5 juta.

Setakat ini, program berkenaan sudah berlangsung di Hulu Selangor, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Kuala Selangor dan Kuala Langat dan selepas ini Sabak Bernam, penutup di Gombak

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.