ad
AGENDA

Tanah jerlus: Anggota SAR teruskan pencarian di stesen pam Loji IWK Pantai Dalam

28 Ogos 2024, 4:21 AM
Tanah jerlus: Anggota SAR teruskan pencarian di stesen pam Loji IWK Pantai Dalam

KUALA LUMPUR, 28 OGOS: Dua anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sekali lagi memasuki stesen pam di Loji Indah Water Konsortium Pantai Dalam di sini pagi tadi dalam usaha mengesan mangsa tanah jerlus Jalan Masjid India.

Kedua-duanya yang lengkap memakai topeng dan tangki oksigen selain topi keselamatan memasuki stesen pam berkenaan pada kira-kira 10.30 pagi tadi dan keluar 20 minit kemudian.

Bagaimanapun, setakat tengah hari ini masih tiada petunjuk positif ditemukan mengenai keberadaan mangsa di lokasi berkenaan.

Stesen pam berkenaan turut dimasuki pasukan SAR semalam.

Hari ini ialah hari keenam misi mencari pelancong wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, yang terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.