ad
AGENDA

Kejadian mendapan baharu seluas dua kaki, kawasan sekitar ditutup

28 Ogos 2024, 4:15 AM
Kejadian mendapan baharu seluas dua kaki, kawasan sekitar ditutup

SHAH ALAM, 28 OGOS: Mendapan baharu yang berlaku di Jalan Masjid India berkeluasan dua kaki.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Suliezmy Affendy Sulaiman berkata ia terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian tanah jerlus yang berlaku Jumaat lalu.

Beliau berkata kawasan mendapan itu sudah ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

"Perbincangan sedang dilakukan untuk memperluaskan penutupan jalan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian," katanya lapor Bernama.

Kejadian tanah mendap baharu itu dilaporkan pada jam 2.30 pagi tadi susulan hujan lebat.

Berikutan itu lokasi kejadian ditutup dan orang awam tidak dibenarkan berada di kawasan mendapan.

Jumaat lalu, pelancong wanita dari Kuppam, Andhra, India, Vijayaletchumy, 48, terjatuh ke lubang sedalam lapan meter akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian itu berlaku.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.