ad
AGENSI

24 staf anak syarikat MBI dianugerah sijil sumber manusia, tingkat mutu kerja

27 Ogos 2024, 12:03 PM
24 staf anak syarikat MBI dianugerah sijil sumber manusia, tingkat mutu kerja
24 staf anak syarikat MBI dianugerah sijil sumber manusia, tingkat mutu kerja
24 staf anak syarikat MBI dianugerah sijil sumber manusia, tingkat mutu kerja
24 staf anak syarikat MBI dianugerah sijil sumber manusia, tingkat mutu kerja
24 staf anak syarikat MBI dianugerah sijil sumber manusia, tingkat mutu kerja
24 staf anak syarikat MBI dianugerah sijil sumber manusia, tingkat mutu kerja

SHAH ALAM, 27 OGOS: Seramai 24 kakitangan anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dianugerah Sijil Pengamal Sumber Manusia (CHRP) selepas menamatkan kursus jangka pendek di Universiti Selangor (Unisel).

Kakitangan daripada 13 anak syarikat MBI itu mengikuti pengajian bidang pengurusan sumber manusia selama enam bulan kendalian Pusat Pembangunan Profesional dan Perniagaan (PROBIS), Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Unisel.

[caption id="attachment_660301" align="alignleft" width="380"] Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berucap dalam Majlis Penyampaian Sijil Pengamal Sumber Manusia (CHRP) di Dewan Pro Canselor Unisel, Shah Alam pada 27 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata program tersebut melibatkan enam modul mengenai teori dan praktikal berkaitan bidang pengurusan sumber manusia.

“Saya lihat kursus begini memberi kesan positif dan nilai tambah kepada pegawai anak syarikat dan membolehkan mereka jalankan tugas dengan lebih berkesan kerana sumber manusia ini bukan suatu perkara mudah melibatkan manusia dan organisasi.

“Yang mana jika tidak diuruskan dengan baik akan beri kesan buruk kepada organisasi tetapi jika diurus dengan baik ia akan meningkatkan lagi prestasi organisasi.

[caption id="attachment_660303" align="alignright" width="380"] Shaiful Irwan Md Saleh. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kita bersedia teruskan kursus ini untuk kumpulan berikutnya untuk terus memberi nilai tambah kepada peserta terutama daripada anak syarikat MBI,” katanya selepas menyempurnakan majlis penyampaian sijil CHRP di sini, hari ini.

Mohammad Redzuan menambah Unisel melalui PROBIS telah melatih lebih 2,000 peserta menerusi pelbagai kursus pendek termasuk keselamatan dan penyelenggaraan harian kemahiran forklift, penyelaras keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan asas rawatan kecemasan.

[caption id="attachment_660304" align="alignleft" width="380"] Ezatil Atilla Rashid. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, peserta Shaiful Irwan Md Saleh, 45, berkata kursus ini memberi peluang kepadanya meningkatkan mutu kerja selaku Penolong Pengurus Unit Pentadbiran dan Disiplin di Central Spectrum (M) Sdn Bhd.

“Di sini kita belajar enam subjek antaranya latihan dan pembangunan serta perhubungan industri yang memberi peluang kepada saya meningkatkan mutu kerja dan membangunkan karier saya,” katanya.

Bagi Penolong Pengurus Sumber Manusia Koridor Utiliti Selangor (Kusel) Ezatil Atilla Rashid kursus ini memberi banyak pendedahan kepadanya untuk mendalami modul berkaitan perhubungan industri sekali gus diyakini mampu meningkatkan prestasi dan mutu kerja selepas ini.

[caption id="attachment_660297" align="aligncenter" width="700"] Presiden dan Naib Canselor Unisel Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman (tengah) beramah mesra dengan penerima sijil dalam dalam Majlis Penyampaian Sijil Pengamal Sumber Manusia (CHRP) di Dewan Pro Canselor Unisel, Shah Alam pada 27 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_660296" align="aligncenter" width="700"] Seramai 24 kakitangan anak syarikat MBI dianugerah Sijil Pengamal Sumber Manusia (CHRP) di Dewan Pro Canselor Unisel, Shah Alam pada 27 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.