ad
BERITA UTAMA

Sidang halal Oktober sasar transaksi lebih RM60 juta, bantu PKS kuasai pasaran

26 Ogos 2024, 8:30 AM
Sidang halal Oktober sasar transaksi lebih RM60 juta, bantu PKS kuasai pasaran
Sidang halal Oktober sasar transaksi lebih RM60 juta, bantu PKS kuasai pasaran

SHAH ALAM, 26 OGOS: Sebanyak 60 peratus syarikat yang menyertai Persidangan Halal Antarabangsa Selangor (Selhac) 2024 pada Oktober ini disasar mendapat padanan niaga untuk mengembangkan produk.

EXCO agama Islam berkata padanan menerusi perjanjian persefahaman (MoU) itu disasar mencapai transaksi niaga lebih RM60 juta, meningkat 10 peratus berbanding tahun lepas.

“Sepanjang empat hari berlangsung, Selhac menyediakan kira-kira 80 reruai. Setakat ini 50 syarikat sudah membuat tempahan dan kebanyakan mereka adalah peniaga kecil dan sederhana (PKS) negeri ini.

“Memandangkan program bersekali penganjuran Sidang Kemuncak Niaga Selangor (SIBS) segmen Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman), kita jangka jumlah pengunjung juga meningkat daripada sebelum ini,” kata Dr Fahhmi Ngah kepada SelangorKini.

[caption id="attachment_660084" align="aligncenter" width="700"] EXCO Industri Halal Dr Mohammad Fahmi Ngah (empat, kiri) ketika meninjau reruai Halal International Selangor sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 19 Oktober 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata Selhac edisi ketiga yang bertemakan Merancakkan Ekosistem Halal bakal menumpukan kepada usaha mempercepat pensijilan halal bagi PKS, mengoptimum rantaian bekalan logistik dan membudaya inovasi digital halal.

Mula diperkenal pada 2022, Selhac yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dengan penyertaan lebih 200 pempamer merekodkan transaksi RM37.73 juta.

Tahun lalu sidang terbabit berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur menyasarkan nilai padanan perniagaan sebanyak RM50 juta selain kehadiran lebih 8,000 pengunjung.

Enam komponen diketengahkan sepanjang persidangan merangkumi forum perniagaan, kewangan Islam, pameran, padanan perniagaan, rantaian bekalan halal dan pemasaran digital.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.