ad
AGENDA

Banjir: Jambatan Slim Village runtuh

23 Ogos 2024, 3:44 PM
Banjir: Jambatan Slim Village runtuh

IPOH, 23 OGOS: Jambatan Slim Village yang menjadi tapak bersejarah pertempuran Slim River ketika Perang Dunia Kedua runtuh dalam kejadian 8 malam tadi akibat banjir selepas hujan lebat sejak petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata ia melibatkan laluan sepanjang empat meter di Jalan Slim River-Ulu Behrang dekat Mualim.

Beliau berkata laluan itu kini ditutup kepada semua jenis kenderaan.

"Pihak Jabatan Kerja Raya sedang mengenal pasti sama ada terdapat jalan lain terlibat akibat banjir ini,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan air deras sehingga menyebabkan jambatan itu runtuh.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.