ad
ADN

Peluang jalani saringan kesihatan percuma di Subang Jaya 7, 8 September ini

23 Ogos 2024, 2:00 PM
Peluang jalani saringan kesihatan percuma di Subang Jaya 7, 8 September ini
Peluang jalani saringan kesihatan percuma di Subang Jaya 7, 8 September ini
Peluang jalani saringan kesihatan percuma di Subang Jaya 7, 8 September ini

SHAH ALAM, 23 OGOS: Orang ramai berpeluang menjalani saringan kesihatan secara percuma menerusi program Selangor Saring di Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) SS15 pada 7 dan 8 September ini.

Menurut Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, saringan bermula 9 pagi hingga 3 petang itu menyediakan ujian untuk jantung, buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan barah.

Michelle Ng Mei Sze berkata selain itu orang ramai turut berpeluang menjalani pemeriksaan gigi, telinga, mata dan fisioterapi.

[caption id="attachment_648782" align="aligncenter" width="709"] ADN Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze bercakap kepada media berkenaan projek naik taraf pemasangan penghadang bola di Padang Awam, USJ 11, Subang Jaya pada 21 Jun 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Sebanyak 450 slot sahaja sehari disediakan dan anda tidak perlu berpuasa. Anda juga perlu membuat prapendaftaran kerana pendaftaran secara 'walk in' tidak dibenarkan.

“Mereka yang mempunyai masalah pendaftaran boleh menghubungi Selcare di talian 1800-22-6600,” katanya di Facebook.

Michelle berkata orang ramai boleh mendaftar Selangor Saring di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) semudah empat langkah berikut:

  • memuat turun SELangkah
  • tekan butang Selangor Saring
  • isi borang soal selidik
  • pilih lokasi dan tarikh program

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024 Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma.

Sebelum ini saringan kesihatan percuma itu telah diadakan di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Paya Jaras, Dengkil, Sungai Tua, Batu Tiga, Pandamaran dan Pelabuhan Klang.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.