ad
AGENDA

Nur Afrina Batrisyia sasar padam rekod kebangsaan 100m, tanding Sukan SEA

20 Ogos 2024, 1:38 PM
Nur Afrina Batrisyia sasar padam rekod kebangsaan 100m, tanding Sukan SEA

KUCHING, 20 OGOS: Selepas cemerlang dengan dua pingat emas di Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak, pelari pecut Selangor Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal bertekad meraih kejayaan di peringkat antarabangsa.

Atlet berusia 19 tahun itu berkata prestasinya kali ini menjadi petanda ke arah pencapaian yang lebih baik terutama di Sukan SEA Thailand dan Kejohanan Sukan Universiti Dunia di Jerman pada tahun depan.

“Perancangan saya selepas ini untuk meneruskan latihan dan memperbaiki teknik larian dengan meminta pendapat dari jurulatih,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Beliau turut memasang impian memadam rekod kebangsaan ratu pecut wanita negara Zaidatul Husniah Zulkifli bagi acara 100m yang mencipta catatan masa 11.45 saat di kejohanan Olahraga ASA Speed Series 2 di Bloemfontein, Afrika Selatan pada 2017.

Semalam, Nur Afrina Batrisyia mencipta kejayaan berganda dalam acara 100m apabila merangkul pingat emas dan memecahkan rekod SUKMA dengan catatan masa 11:64 saat.

Hari ini, beliau  sekali lagi memecahkan rekod SUKMA acara 200m dengan catatan masa 23.89 saat.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.