ad
SELANGOR

Dua kanak-kanak dilaporkan hilang, ditemukan terperangkap dalam lif sembilan jam

20 Ogos 2024, 12:19 PM
Dua kanak-kanak dilaporkan hilang, ditemukan terperangkap dalam lif sembilan jam

KUALA LUMPUR, 20 OGOS: Dua kanak-kanak lelaki masing-masing berusia 10 dan 11 tahun yang dilaporkan hilang sejak petang semalam, ditemukan selamat tengah malam tadi selepas terperangkap dalam lif di sebuah pangsapuri di Taman Desa Petaling, Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras ASP Ravindar Singh Sarban Singh berkata kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada 9.26 malam, apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli makanan kira-kira jam 2 petang.

“Pada 12.30 tengah malam tadi, pihak pengurusan pangsapuri mengesan kedua-dua mangsa terperangkap dalam lif di tingkat empat pangsapuri tersebut, selepas membuat semakan rakaman kamera litar tertutup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap kira-kira sembilan jam dalam lif tersebut sebelum pihak pengurusan pangsapuri berjaya mengeluarkan mereka dalam keadaan selamat.

Kedua-dua mangsa diserahkan kepada keluarga masing-masing.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.