ad
AGENDA

MB: Jambatan kedua Sungai Air Tawar-Hutan Melintang siap Disember 2026

20 Ogos 2024, 6:28 AM
MB: Jambatan kedua Sungai Air Tawar-Hutan Melintang siap Disember 2026
MB: Jambatan kedua Sungai Air Tawar-Hutan Melintang siap Disember 2026
MB: Jambatan kedua Sungai Air Tawar-Hutan Melintang siap Disember 2026
MB: Jambatan kedua Sungai Air Tawar-Hutan Melintang siap Disember 2026

SABAK BERNAM, 20 OGOS: Jambatan kedua menghubungkan Sungai Air Tawar di sini ke Hutan Melintang, Perak dijadual siap Disember 2026, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata jambatan sepanjang 2.9 kilometer yang memulakan pembinaan pada Ogos 2022 itu dapat memendekkan tempoh perjalanan kira-kira 30 minit.

"Jambatan kedua di Sabak Bernam dengan kos lebih RM210 juta ini adalah sebahagian projek persekutuan yang menghubungkan Sungai Air Tawar ke Hutan Melintang, Perak dan juga dilengkapi dengan pusingan U bagi memudahkan pengguna.

[caption id="attachment_658777" align="aligncenter" width="997"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari ditemui media selepas lawatan ke tapak pembinaan Jambatan Sungai Air Tawar ke Hutan Melintang, Perak di Sabak Bernam pada 20 Ogos 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

"Jambatan ini akan menghubungkan penduduk dan lokaliti di sini yang terpaksa bergerak antara 20 hingga 30 kilometer jika ingin ke Perak dengan melalui jambatan pekan Sabak.

"Projek ini pernah mengalami isu kelewatan seperti isu tanah di Perak dan reka bentuk tetapi dengan penjadualan semula ia akan siap Disember 2026. Kini, jambatan ini kini dalam proses pemasangan cerucuk," katanya ditemui selepas mengadakan lawatan ke jambatan itu di sini hari ini.

Amirudin turut memaklumkan pembinaan jambatan yang merentasi Sungai Bernam itu juga akan menjadi pemangkin kepada keberkesanan projek yang digariskan di bawah Pembangunan Kawasan Sabak Bernam (SABDA).

"Kita mempunyai beberapa perancangan tertentu yang sedang dirangka dan akan diteliti Pengerusi SABDA Datuk Rizam Ismail sekali gus membantu pembangunan di Sabak Bernam," katanya.

Turut hadir EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim, EXCO Kerajaan Tempatan Dato' Ng Suee Lim serta Pengarah Projek Ir Dr Ahmad Shukri Abd Rashid.

[caption id="attachment_658778" align="aligncenter" width="1078"] Pengarah Projek Ir Dr Ahmad Shukri Abdul Rashid memberi penerangan mengenai projek pembinaan Jambatan Sungai Air Tawar ke Hutan Melintang, Perak di Sabak Bernam pada 20 Ogos 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

 

[caption id="attachment_658779" align="aligncenter" width="1080"] Tapak pembinaan Jambatan Sungai Air Tawar ke Hutan Melintang, Perak di Sabak Bernam pada 20 Ogos 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.