ad
AGENDA

SUKMA 2024: Selangor, Sarawak mara ke separuh akhir boling padang

18 Ogos 2024, 1:55 PM
SUKMA 2024: Selangor, Sarawak mara ke separuh akhir boling padang

KUCHING, 18 OGOS: Gandingan tuan rumah melangkah ke separuh akhir boling padang acara pairs campuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 selepas muncul juara kumpulan T hari ini.

Awang Mohammad Sharszan F Awang Nasaruddin-Nur Syurhaidah Asaral mengekalkan rekod tanpa kalah selepas menewaskan Kelantan 13-8 dan Pulau Pinang 18-10 untuk mengutip 10 mata penuh pada aksi yang berlangsung di Arena Lawn Bowl.

Sarawak dijadualkan menentang Wilayah Persekutuan atau Sabah yang akan ditentukan menerusi aksi play-off esok.

Dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, juara kumpulan S, Selangor akan bertembung dengan pemenang play-off antara Pahang dan Terengganu.

Selangor yang merupakan juara bertahan berada di kedudukan teratas kumpulan S dengan enam mata hasil tiga kemenangan yang diraihnya semalam dan satu kekalahan di tangan Wilayah Persekutuan hari ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.