ad
AGENDA

Ayzek Hakimi tekad pamer aksi terbaik, buru emas perseorangan petanque

18 Ogos 2024, 10:22 AM
Ayzek Hakimi tekad pamer aksi terbaik, buru emas perseorangan petanque
Ayzek Hakimi tekad pamer aksi terbaik, buru emas perseorangan petanque
Ayzek Hakimi tekad pamer aksi terbaik, buru emas perseorangan petanque
Ayzek Hakimi tekad pamer aksi terbaik, buru emas perseorangan petanque

KUCHING, 18 OGOS: Atlet petanque Selangor Ayzek Hakimi Safingan tekad memperbaiki kesilapan dan mempamerkan aksi terbaik pada acara perseorangan bagi menebus kekecewaan gagal mempertahankan emas acara shooting pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak kali ini.

Pemain berusia 21 tahun mengakui melakukan kesilapan pada saat akhir acara berkenaan yang berlangsung di Gelanggang Petanque Negeri Sarawak, Santubong di sini hari ini hingga memberi kelebihan mata buat lawan.

[caption id="attachment_658465" align="aligncenter" width="800"] Atlet Petanque Selangor Ayzek Hakimi Safingan bergambar bersama pingat selepas mendapat pingat perak bagi acara akhir petanque (shooting) lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak di Gelanggang Pentanque Negeri Sarawak, Satubong, Kuching pada 18 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya minta maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat beri persembahan yang baik di peringkat akhir acara shooting. Sedikit kecewa tewas dengan pesaing sama ketika aksi akhir Sukma lepas.

“Saya harap dapat baiki balik kesilapan untuk acara seterusnya dan buat yang terbaik. Saya akan balas  balik pada acara perseorangan bagi (meraih) pingat emas,” katanya ketika ditemui.

Terdahulu. pemenang pingat gangsa triple lelaki di Sukan SEA Hanoi itu sekadar berpuas hati dengan pingat perak apabila tewas 28-37 di tangan atlet petanque Melaka Khairul Amirul Zamrulhisham.

[caption id="attachment_658423" align="aligncenter" width="814"] Atlet Petanque Selangor Ayzek Hakimi Safingan ketika beraksi pada Sukan Malaysia ke-19 (SUKMA XXI) Sarawak bagi acara petanque (shooting) lelaki di Gelanggang Pentanque Negeri Sarawak, Satubong, Kuching pada 18 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, jurulatih petanque negeri Saiful Bahri Musmin enggan memberi tekanan kepada anak buahnya namun berharap Ayzek melangkah ke peringkat akhir sekali gus meraih emas acara perseorangan.

Beliau yang baharu beberapa bulan membimbing Ayzek berkata atlet terbabit perlu memenangi tiga daripada empat perlawanan peringkat saringan bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya.

[caption id="attachment_658462" align="aligncenter" width="806"] Jurulatih Petanque Selangor Saiful Bahari Musmin bercakap kepada media selepas acara akhir petanque (shooting) pada Sukan Malaysia ke-19 (SUKMA XXI) Sarawak di Gelanggang Pentanque Negeri Sarawak, Satubong, Kuching pada 18 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Jadi untuk acara single saya harapkan dia buat yang terbaik dan kurangkan buat kesilapan. Paling penting fokus satu persatu untuk lepas ke separuh akhir seterusnya akhir serta menang emas,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.