ad
AGENDA

MB ucap tahniah kepada Srikah Ganesh, rangkul emas acara Kumite

18 Ogos 2024, 8:56 AM
MB ucap tahniah kepada Srikah Ganesh, rangkul emas acara Kumite

SHAH ALAM, 18 OGOS: Dato' Menteri Besar merakamkan ucapan tahniah kepada atlet Selangor Srikah Ganesh atas kejayaan merangkul pingat emas dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata Srikah berjaya menyumbang pingat emas menerusi acara Kumite individu 55 kilogram (kg) wanita.

“Tahniah saudari Srikah Ganesh yang menyumbang pingat emas buat Selangor di SUKMA Sarawak 2024 menerusi acara Kumite individu 55 kg wanita. Syabas," katanya menerusi Facebook hari ini.

Acara Kumite individu 55 kilogram (kg) wanita menyumbang emas keempat Selangor pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 semalam.

Srikah Ganesh menewaskan Adeola Fay Robert dari Sabah ketika perlawanan di Dewan IKBN Miri Sarawak bermula jam 5.30 petang.

Sementara itu acara Kumite individu 55kg lelaki menyumbang pingat gangsa pertama Selangor yang dirangkul Jeevesh Baskaran.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.