ad
AGENDA

Piala Sultan Selangor: Pilihan Selangor juara hatrik, tundukkan Pilihan Singapura 2-1

18 Ogos 2024, 12:29 AM
Piala Sultan Selangor: Pilihan Selangor juara hatrik, tundukkan Pilihan Singapura 2-1
Piala Sultan Selangor: Pilihan Selangor juara hatrik, tundukkan Pilihan Singapura 2-1
Piala Sultan Selangor: Pilihan Selangor juara hatrik, tundukkan Pilihan Singapura 2-1
Piala Sultan Selangor: Pilihan Selangor juara hatrik, tundukkan Pilihan Singapura 2-1
Piala Sultan Selangor: Pilihan Selangor juara hatrik, tundukkan Pilihan Singapura 2-1

KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Pilihan Selangor sekali lagi kejuaraan Piala Sultan Selangor (TSSC) bagi edisi ketiga berturut-turut selepas mengecewakan Pilihan Singapura 2-1 di venue bersejarah Stadium Merdeka, di sini malam tadi.

Kejayaan itu menyaksikan Selangor memperoleh kemenangan hatrik selepas memenangi kejuaraan bersejarah itu bagi edisi 2019 dan 2018 sekali gus menjadi kejuaraan ke-10 skuad Gergasi Merah sejak pertandingan itu dianjurkan pada 2001.

Babak pertama menyaksikan Selangor bermula garang apabila gawang pasukan pelawat hampir dibolosi seawal minit ketiga menerusi tendangan Muhammad Alif Izwan Yuslan, namun bola berjaya ditangkap kemas penjaga gol Singapura Muhammad Syazwan Buhari.

[caption id="attachment_658365" align="aligncenter" width="773"] Faisal Halim dihalang oleh pemain Singapura ketika perlawanan Piala Sultan Selangor di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Selangor terus melancarkan serangan berbahaya ke kubu lawan, bagaimanapun kekebalan benteng Singapura mengekang usaha skuad bimbingan Nidzam Jamil untuk mencipta gol sehingga separuh masa pertama tamat tanpa jaringan.

Memasuki separuh masa kedua pasukan tuan rumah dilihat lebih ganas mengatur langkah apabila rembatan Ahmad Danial Ahmad Asri berjaya merobek gawang lawan namun gol tersebut tidak dikira kerana pemain itu berada pada kedudukan ofsaid.

Selangor akhirnya membuka akaun jaringan menerusi penyerang Ronnie Fernandez yang berlari menggelecek bola dari jarak jauh sebelum bola dileret tenang ke dalam gawang Singapura sekali gus meledakkan sorakan kira-kira 20,000 penonton yang hadir.

[caption id="attachment_658366" align="aligncenter" width="812"] Pemain Selangor cuba menjaringkan gol ketika perlawanan Piala Sultan Selangor di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Singapura kemudiannya bangkit menyamakan kedudukan menerusi tandukan Muhammad Faris Ramli pada minit ke-87 sebelum Selangor menggandakan kedudukan menerusi sepakan percuma yang diambil Alvin Fortez tiga minit kemudian.

Keputusan kekal 2-1 hingga wisel penamat dibunyikan.

[caption id="attachment_658330" align="aligncenter" width="811"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan merasmikan Piala Sultan Selangor di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan perlawanan tersebut.

Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut berangkat menyaksikan perlawanan bersejarah yang kembali dianjurkan selepas empat tahun sejak 2020 berikutan pandemik Covid-19.

Penonton juga disajikan persembahan payung terjun oleh Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan nyanyian Raja Pop Malaysia Datuk Jamal Abdillah.

[caption id="attachment_658368" align="aligncenter" width="814"] Penyokong Selangor menyaksikan perlawanan bola sepak di antara Selangor dan Singapura Piala Sultan Selangor di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 17 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.