ad
AGENDA

Pesawat TUDM bawa rakyat Palestin cedera selamat tiba di Pangkalan TUDM Subang

16 Ogos 2024, 8:36 AM
Pesawat TUDM bawa rakyat Palestin cedera selamat tiba di Pangkalan TUDM Subang

KUALA LUMPUR, 16 OGOS: Dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa rakyat Palestin yang cedera, selamat tiba di Pangkalan Udara Subang di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.

Pesawat pertama mendarat pada pukul 2 petang manakala pesawat kedua mendarat beberapa minit kemudian.

Kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza, di Kaherah, Mesir malam tadi.

Sebaik tiba, semua pesakit dibawa ke hospital medan yang didirikan di hangar pangkalan udara berkenaan bagi saringan kesihatan.

Terdahulu Duta Mesir ke Malaysia Ragai Nasr memberitahu Bernama bahawa dua pesawat dengan 40 warga Palestin yang cedera dan 80 saudara mereka telah berlepas dari Pangkalan Udara Al Maza di Kaherah menuju ke Kuala Lumpur pada Khamis malam.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.