ad
AGENDA

SUKMA 2024: Selangor raih lapan pingat setakat hari ketiga

16 Ogos 2024, 1:00 AM
SUKMA 2024: Selangor raih lapan pingat setakat hari ketiga
SUKMA 2024: Selangor raih lapan pingat setakat hari ketiga
SUKMA 2024: Selangor raih lapan pingat setakat hari ketiga
SUKMA 2024: Selangor raih lapan pingat setakat hari ketiga
SUKMA 2024: Selangor raih lapan pingat setakat hari ketiga
SUKMA 2024: Selangor raih lapan pingat setakat hari ketiga

SHAH ALAM, 16 OGOS: Hari ketiga temasya, Selangor memperoleh satu emas dalam acara boling padang berpasukan wanita dan satu perak menerusi pemain perseorangan wanita, Nur Najla Damia.

Manakala acara wushu wanita memperoleh dua perak menerusi Batrisyia Izzati (48kg) dan Felicity Wong (52kg) selain satu perak oleh tenpin boling berpasukan wanita, Intan Nor Edryana Nor Azliman dan Adania Mohd Redzwan.

Esok, negeri mensasarkan emas menerusi Yong Meng Keat dalam acara berbasikal, menembak berpasukan lelaki dan sukan karate menerusi G Srikah (wanita) dan B Jeevesh (lelaki).

[caption id="attachment_658126" align="alignnone" width="730"] Atlet Wushu Selangor, Felicity Wong. Foto MSN Selangor[/caption]

Tenpin boling berpasukan Wanita Selangor, Intan Nor Edryana Nor Azliman dan Adania Mohd Redzwan memenangi pingat perak dengan 2,271 jatuhan pin.

Atlet wushu Selangor, Felicity Wong dan Batrisyia Izzati menghadiahkan dua pingat perak menerusi acara sanda wanita kategori 52 dan 48 kilogram (kg) yang berlangsung di Stadium Wushu Sarawak, Petra Jaya.

Setakat 10 malam, Selangor mengutip tiga emas dan lima perak.

[caption id="attachment_658131" align="alignnone" width="742"] Atlet wushu Selangor, Batrisyia Izzati. Foto Facebook MSN Selangor[/caption]

Atlet boling padang Selangor, Nur Najla Damia menghadiahkan pingat perak menerusi acara perseorangan wanita pada perlawanan di Arena Lawn Bowls Sarawak, Petra Jaya sebentar tadi.

Pasukan boling padang Selangor memenangi pingat emas menerusi acara women fours dengan menewaskan Pahang di perlawanan akhir tadi.

Setakat 6.30 petang, Selangor memperoleh tiga emas dan empat perak.

Selangor ke separuh akhir acara sepak takraw lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) menewaskan Perak 2-0. Turut mara Pulau Pinang, Melaka dan Terengganu yang mencatat kemenangan 2-0 ke atas lawan masing-masing di Stadium Muhibbah, Bintulu pagi tadi.

Setakat 1 tengah hari, Selangor turut mara ke akhir boling padang selepas menewaskan Sabah 19-9 dalam acara berempat wanita. Turut mara ke akhir Nur Najla Damia Mustakim yang menang 21-16 dalam acara perseorangan.

Bagi acara bertiga lelaki, Selangor tewas 8-20 kepada Wilayah Persekutuan di separuh akhir.

Dalam acara hoki berpasukan wanita, Selangor menewaskan Sabah 1-0 dalam aksi kumpulan B. Pasukan lelaki akan menentang Terengganu dalam pusingan awal kumpulan D pada jam 4,30 petang di Stadium hoki Negeri Sarawak, Padungan.

Tiga pemain perseorangan skuasy Selangor mencatatkan kemenangan dalam pusingan awal. Erwin Kross Christopher dan Harold Rynesh Aloysius mengungguli acara lelaki manakala B Leshantini menewaskan wakil Melaka 3-0.

[caption id="attachment_657993" align="aligncenter" width="679"] Aksi pasukan takraw lelaki Selangor.[/caption]

11 pagi: Selangor menang 1-0 ke atas Sabah dalam pusingan awal acara hoki wanita di Stadium Hoki Petrajaya pagi ini.

Pasukan hoki lelaki Selangor dijadual menentang Terengganu di Stadium Hoki Padungan, petang ini.

[caption id="attachment_658015" align="aligncenter" width="656"] Aksi atlet hoki wanita
Selangor di SUKMA Sarawak dalam perlawanan menentang Sabah pada 16 Ogos 2024. Foto MSN Selangor[/caption]

 

9 pagi: Selangor menyasarkan dua emas bagi acara wushu perseorangan dan boling padang berpasukan pada hari ketiga temasya SUKMA hari ini.

[caption id="attachment_657969" align="aligncenter" width="557"] Aksi Pasukan Boling Padang Kontinjen Selangor yang berlangsung di Arena Boling Padang Sarawak, Petra Jaya. Foto Facebook MSN Selangor[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.