ad
AGENDA

18,200 kes komersial dilapor, libat kerugian lebih RM1.5 juta

14 Ogos 2024, 12:35 PM
18,200 kes komersial dilapor, libat kerugian lebih RM1.5 juta

KUALA LUMPUR 14 OGOS: Jumlah kerugian berkaitan kes jenayah komersial termasuk penipuan dalam talian meningkat 31 peratus bagi tempoh 1 Januari hingga 11 Ogos tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu, dengan jumlah kerugian melebihi RM1.5 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata walaupun jumlah kerugian meningkat, namun jumlah kes yang dilaporkan dilihat menurun sedikit berbanding tempoh sama tahun lalu.

“18,205 kes jenayah komersial direkodkan setakat 11 Ogos tahun ini dengan purata 81 kes sehari, menurun lapan peratus berbanding 19,720 kes yang direkodkan bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu Ramli berkata walaupun pembenterasan jenayah komersial dalam era teknologi hari ini menjadi cabaran utama JSJK namun pihaknya telah menanganinya dengan baik dan bersiap sedia dengan jangkaan kes jenayah komersial yang terus meningkat berbanding tahun sebelum ini.

Beliau berkata perkara itu boleh dilihat menerusi 10,848 kertas siasatan yang telah dibuat pertuduhan tahun ini, sekali gus membuatkan polis terus melipatgandakan usaha untuk membanteras kegiatan jenayah komersial.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.