ad
BERITA UTAMA

MPKj sumbang RM65,000 perkasa pasukan angkat berat, judo harungi SUKMA

13 Ogos 2024, 2:00 PM
MPKj sumbang RM65,000 perkasa pasukan angkat berat, judo harungi SUKMA
MPKj sumbang RM65,000 perkasa pasukan angkat berat, judo harungi SUKMA
MPKj sumbang RM65,000 perkasa pasukan angkat berat, judo harungi SUKMA
MPKj sumbang RM65,000 perkasa pasukan angkat berat, judo harungi SUKMA

HULU LANGAT, 13 OGOS: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyumbang RM65,000 kepada kontinjen angkat berat dan judo bagi mengharungi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak.

Yang dipertuanya berkata MPKj selaku bapa angkat, menyerahkan bantuan wang tunai untuk perbelanjaan dan pengurusan sepanjang kejohanan selain barangan keperluan sukan kepada kedua-dua pasukan itu.

[caption id="attachment_657562" align="aligncenter" width="815"] Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Nazli Md Taib ditemui selepas majlis penyerahan sumbangan dan barangan sukan angkat berat sempena Kejohanan Sukan Malaysia Sarawak di Menara MPKj, Hulu Langat pada 13 Ogos 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Diharap sumbangan ini memberi sokongan agar persiapan mereka berjalan lancar sekali gus memberi komitmen dan prestasi terbaik sepanjang kejohanan nanti,” katanya Nazli Md Taib ditemui selepas menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan berkenaan di Menara MPKj di sini, hari ini.

Sementara itu pengurus pasukan angkat berat kontinjen Selangor Azhar Derani, berkata seramai empat atlet diturunkan pada SUKMA kali ini dengan sasaran dua emas.

[caption id="attachment_657561" align="aligncenter" width="812"] Pengurus Pasukan Angkat Berat Selangor Azhar Derani. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Terima kasih kepada MPKj. Memang kita sudah tahu akan dapat sumbangan tapi tidak sangka sebanyak ini. Kita sudah dapat yang terbaik jadi kami akan buat yang terbaik dan bawa pulang yang terbaik,” katanya.

Bagi jurulatih pasukan judo Selangor Noor Fazira Mohameid pula berkata sumbangan itu menyuntik semangat 11 atletnya yang memburu emas bagi dua kategori pertandingan iaitu seni dan ‘sparring’.

[caption id="attachment_657564" align="aligncenter" width="773"] Yang Dipertua, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Nazli Md Taib menyerahkan jersi kepada wakil pasukan judo ketika majlis penyerahan sumbangan dan barangan sukan angkat berat sempena Kejohanan Sukan Malaysia Sarawak di Menara MPKj, Hulu Langat pada 13 Ogos 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sebanyak 704 atlet dan 213 pegawai akan mewakili kontinjen Selangor ke SUKMA Sarawak yang dijadual membuka tirainya pada 17 hingga 24 Ogos ini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan insentif sehingga RM10,000 diberi kepada atlet Selangor yang meraih pingat emas SUKMA.

Katanya ganjaran RM10,000 diberi kepada atlet sukan individu, RM5,000 seorang (acara berpasukan bawah lima orang) dan RM3,000 seorang (acara berpasukan lebih lima orang).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.