ad
AGENSI

Kanak-kanak 8 tahun luncur buku, diiktiraf penulis termuda negara

12 Ogos 2024, 12:00 AM
Kanak-kanak 8 tahun luncur buku, diiktiraf penulis termuda negara
Kanak-kanak 8 tahun luncur buku, diiktiraf penulis termuda negara
Kanak-kanak 8 tahun luncur buku, diiktiraf penulis termuda negara
Kanak-kanak 8 tahun luncur buku, diiktiraf penulis termuda negara

SHAH ALAM, 11 OGOS: Minat yang mendalam terhadap buku mendorong seorang kanak-kanak perempuan dari Klang menghasilkan karyanya sendiri bertajuk 'Unicorn and Little Amanda'.

Usaha Y. Aayushi, 8, itu tidak sia-sia apabila menerima pengiktirafan sebagai penulis buku termuda oleh Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi penerbitan naskhah setebal 32 halaman.

Menurut ibunya, C. Debagi, 34, anak tunggalnya menunjukkan minat terhadap buku sejak berusia dua tahun dan kini telah membaca lebih 4,000 naskhah pelbagai genre.

[caption id="attachment_657326" align="aligncenter" width="788"] M. Yeogeswaran bersama isterinya C. Debagi bergambar bersama anak mereka Y. Aayushi yang diiktiraf sebagai penulis buku termuda daripada Malaysia Book of Records (MBOR) selepas menghasilkan buku pertamanya bertajuk 'Unicorn and Little Amanda' diraikan dalam satu majlis di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 11 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Dia sangat suka buku. Setiap tahun kami beli hampir 1,000 buku selain dijadikan hadiah ketika hari jadinya atau sambutan perayaan. Selain beli buku, perpustakaan juga sudah ibarat rumah kedua kami.

“Buku ini sebenarnya dibuat ketika Aayushi berumur enam tahun tetapi kami ambil keputusan untuk terbitkannya pada tahun ini untuk beri sokongan dan berkongsi dengan kanak-kanak lain,” katanya kepada pemberita.

Sijil pengiktirafan disampaikan Perunding Rekod Kanan MBOR Edwin Yeoh kepada Aayushi dan disaksikan Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini, semalam.

Majlis berlangsung sempena peluncurun buku pertama Aayushi yang akan dijual pada harga RM25 menerusi platform niaga atas talian oleh Sunshine Tales Publishing.

[caption id="attachment_657329" align="aligncenter" width="805"] Y. Aayushi bersama Ahli Dewan Negeri Sentosa Dr G Gunaraj melakukan gimik pelancaran buku beliau bertajuk 'Unicorn and Little Amanda' dan pengiktirafan penulis buku termuda daripada Malaysia Books of Records (MBOR) di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 11 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, Aayushi yang petah berbicara meluahkan rasa gembira dan berharap dapat menjual bukunya serendah RM1 pada masa hadapan bagi membolehkan lebih ramai kanak-kanak memiliki buku.

Beliau yang bercita-cita menjadi seorang guru sedang menyiapkan buku keduanya bertajuk 'Save The Earth' untuk menyampaikan ilmu mengenai kesedaran menjaga alam sekitar.

[caption id="attachment_657331" align="aligncenter" width="779"] Y. Aayushi berucap sempena pelancaran buku beliau bertajuk 'Unicorn and Little Amanda' dan pengiktirafan penulis buku termuda daripada Malaysia Books of Records (MBOR) di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 11 Ogos 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Saya akan terus menulis buku kerana saya sukakan buku. Saya harap lebih ramai kanak-kanak, terutamanya yang kurang berkemampuan dapat memiliki buku saya suatu hari nanti,” katanya.

Sementara itu, Gunaraj berbangga dengan pencapaian murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sentosa itu selain berharap ia dapat dicontohi semua lapisan masyarakat.

“Mungkin dengan kerjasama sekolah, kita boleh bawa Aayushi untuk pergi ke seluruh Selangor dan bertemu kanak-kanak lain untuk tarik minat membaca kerana beliau sangat berani bercakap.

“Saya juga ada perancangan untuk memberikan beberapa buku Aayushi kepada perpustakaan sekolah terpilih di negeri ini,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.