ad
AGENDA

Didakwa pasang bendera Malaysia terbalik, warga emas ditahan

11 Ogos 2024, 3:00 PM
Didakwa pasang bendera Malaysia terbalik, warga emas ditahan

IPOH, 11 OGOS: Seorang lelaki warga emas berusia 60-an, ditahan bagi membantu siasatan berkaitan pemasangan bendera Malaysia secara terbalik di sebuah bangunan dalam daerah Kuala Kangsar.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata kira-kira 3.20 petang tadi, pengadu yang berada di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar, telah melayari laman Facebook ‘Kuala Kangsar Tetap Di Hati’ mengenai insiden itu.

“Satu laporan polis telah dibuat berkaitan dengan hantaran tersebut dan tangkapan telah dibuat ke atas satu lelaki berusia 60-an bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Justeru, Heisham menasihatkan orang ramai supaya lebih peka dan berhati-hati dengan setiap pemasangan bendera sempena Bulan Kebangsaan.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.