ad
AGENDA

Lelaki minum racun rumpai lepas tikam isteri

11 Ogos 2024, 1:15 AM
Lelaki minum racun rumpai lepas tikam isteri

JEMPOL, 11 OGOS: Hanya kerana berlaku perselisihan faham, seorang lelaki berusia 32 tahun nekad minum racun rumpai selepas menikam isterinya di sebuah rumah di Bahau pada kira-kira 10 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintenden Hoo Chang Hook berkata wanita berusia 30 tahun itu telah ditikam dua kali oleh suaminya pada bahagian rusuk kiri dengan sebilah pisau.

"Wanita itu masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

Hoo berkata pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu daripada adik lelaki mangsa pada 9.30 pagi.

Beliau berkata polis kemudian menerima makluman daripada kakak suspek bahawa lelaki itu didapati minum racun rumpai di kebun durian di Jelebu pada 2.30 petang dan kini menerima rawatan di Hospital Jempol.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata atau alatan berbahaya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.