ad
AGENDA

JPJ ganti kamera AwAS selari perubahan teknologi, kurangkan kemalangan, kematian

8 Ogos 2024, 4:58 AM
JPJ ganti kamera AwAS selari perubahan teknologi, kurangkan kemalangan, kematian

PUTRAJAYA, 8 OGOS: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang melaksanakan penggantian kamera sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) melibatkan kamera sedia ada secara berfasa di lokasi diwartakan, kata Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli.

Dalam kenyataan hari ini, Aedy Fadly memaklumkan penggantian kamera Awas berkenaan adalah selaras dengan penambahbaikan sistem kamera AwAS sedia ada selari dengan perubahan teknologi terkini yang menggunakan teknologi Automated Number Plate Recognition (ANPR) bagi memastikan kamera itu beroperasi dengan lebih baik.

"Penggantian ini melibatkan kamera model Redflex yang perlu ditukar atas faktor kerosakan besar dan tidak mendapat sokongan daripada pihak prinsipal," katanya.

Beliau berkata pengoperasian kamera AwAS juga untuk memastikan penguatkuasaan yang melibatkan kesalahan memandu melebihi had laju dan gagal mematuhi lampu isyarat berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) selaras usaha mengurangkan statistik kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya.

Justeru, JPJ menyeru dan memohon kerjasama pengguna jalan raya mematuhi undang-undang dan bertoleransi dengan pengguna jalan raya lain demi keselamatan diri dan keluarga ketika di jalan raya.

"Jabatan ini juga sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara, seterusnya berada pada tahap terbaik," katanya.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.