ad
PBT

Fenomena air pasang di Pelabuhan Klang, penduduk diminta waspada

7 Ogos 2024, 1:40 PM
Fenomena air pasang di Pelabuhan Klang, penduduk diminta waspada
Fenomena air pasang di Pelabuhan Klang, penduduk diminta waspada

SHAH ALAM, 7 OGOS: Orang ramai dinasihat waspada dengan fenomena air pasang besar yang diramal berlaku di stesen Pelabuhan Klang sehingga 11 Ogos.

Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) memaklumkan bacaan paras air laut dijangka mencecah 4.8 meter pada esok, Jumaat dan Sabtu antara jam 8 pagi.

Berdasarkan infografik dikongsi MBDK di Facebook, paras air di stesen berkenaan diramal mencapai 4.6 meter antara jam 8 malam, esok.

Dalam pada itu, data dari portal infobanjir Jabatan Pengalliran Dan Saliran Selangor menunjukkan paras air di stesen Bandar Klang dan Selat Muara menghampiri paras bahaya iaitu 3 meter.

Setakat jam 9 malam, stesen Bandar Klang merekodkan bacaan 2.8 meter dan Selat Muara 2.75 meter. Kedua-dua stesen pada tahap amaran.

Sebelum ini, Pusat Hidrografi Nasional memaklumkan fenomena air pasang besar boleh menyebabkan limpahan air di kawasan daratan dan kemungkinan banjir.

Penduduk berhampiran kawasan persisir pantai disaran lebih cakna dan berwaspada berdepan fenomena ini dan sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.