ad
AGENDA

Laluan LRT Ampang-Sri Petaling pulih selepas kerosakan teknikal dibaiki

4 Ogos 2024, 9:25 AM
Laluan LRT Ampang-Sri Petaling pulih selepas kerosakan teknikal dibaiki

KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Kerja baik pulih kerosakan teknikal pada landasan berhampiran Stesen PWTC selesai dijalankan.

Rapid Rail dalam kenyataan menerusi Facebook memaklumkan jadual perjalanan telah diselaraskan dan perkhidmatan tren beroperasi normal.

“Perkhidmatan tren alternatif dan bas perantara ditamatkan. Kami memohon maaf atas kesulitan. Terima kasih atas kesabaran anda,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Rapid Rail memaklumkan perkhidmatan LRT Laluan Ampang-Sri Petaling mengalami kelewatan disebabkan kerosakan teknikal yang dilaporkan berlaku pada 9.58 pagi tadi.

Siasatan mendapati kerosakan berpunca daripada kebakaran kecil pada satu daripada komponen di landasan itu.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.