ad
ADN

Peniaga terjejas kebakaran medan selera dapat tapak niaga sementara

2 Ogos 2024, 1:30 PM
Peniaga terjejas kebakaran medan selera dapat tapak niaga sementara
Peniaga terjejas kebakaran medan selera dapat tapak niaga sementara

SHAH ALAM, 2 OGOS: Nasib 12 peniaga di Medan Selera AU5 Lembah Keramat yang terbakar Sabtu lalu terbela apabila mereka mendapat tapak niaga sementara.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang berkata mereka yang jejas dibenar meneruskan perniagaan di kawasan parkir medan selera dengan konsep jualan sahaja seperti penjaja berselerak.

"Bantuan khemah, bekalan air dan rumah sampah disediakan oleh MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya) dengan waktu berniaga bermula jam 7 pagi hingga 12 tengah malam.

"Pengecualian beberapa bulan sewaan tertakluk kepada budi bicara pihak MPAJ," kata Juwairiya Zulkifli menerusi Facebook.

Terdahulu, beliau menghadiri sesi taklimat MPAJ bersama peniaga di Dewan Serbaguna AU5, Lembah Keramat yang kendalikan oleh Yang Dipertuanya Dr Ani Ahmad dan pihak bomba Ampang.

[caption id="attachment_654678" align="alignnone" width="867"] Keadaan lot kedai di Medan Selera AU5 Lembah Keramat yang terbakar awal pagi 27 Julai 2024. Foto Facebook Juwairiya Zulkifli[/caption]

Tambah beliau, MPAJ sedang memperhalusi cadangan pembinaan baharu medan selera itu selain kerja pembersihan dilaksanakan segera yang dianggar mengambil masa dua hingga tiga bulan.

"Alhamdulillah semua syarat yang dikenakan MPAJ dipersetujui para peniaga dan mereka bersyukur kerana terus dibantu MPAJ bagi meringankan beban mereka," katanya.

Sabtu minggu lalu, 12 lot gerai di Medan Selera AU5 Lembah Keramat hangus dalam kebakaran sehingga memusnahkan 80 peratus premis.

Kebakaran dikatakan berpunca daripada kebocoran gas di salah satu lot namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.