ad
AGENDA

Hargai wira negara, PM ucap Selamat Hari Pahlawan

31 Jul 2024, 7:54 AM
Hargai wira negara, PM ucap Selamat Hari Pahlawan

KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini Anwar menzahirkan penghargaan atas sumbangan dan pengorbanan pasukan keselamatan itu kepada negara.

“Hari ini kita mengingati dan menghargai semua pahlawan-pahlawan negara di atas jasa, khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan tatkala melindungi kedaulatan dan keselamatan tanah air.

“Terima kasih kerana berjuang demi agama, bangsa dan negara tercinta. Andalah wira negara! Selamat Hari Pahlawan 2024,” katanya.

Sambutan Hari Pahlawan diraikan bermula 31 Julai 1960 yang merupakan manifestasi penghormatan kepada pegawai dan anggota ATM dan PDRM dalam mengenang jasa perwira tanah air yang gugur ketika mempertahankan kedaulatan negara.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.