ad
BERITA UTAMA

Gagasan Rumpun Selangor dapat sambutan, program ditambah baik tahun depan

31 Jul 2024, 5:00 AM
Gagasan Rumpun Selangor dapat sambutan, program ditambah baik tahun depan
Gagasan Rumpun Selangor dapat sambutan, program ditambah baik tahun depan

SHAH ALAM, 31 JULAI: Gagasan Rumpun Selangor yang julung kali dianjur tahun ini akan diteruskan susulan sambutan menggalakkan daripada penduduk.

EXCO perpaduan berkata program tiga hari yang memberi peluang kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor mendekatkan diri dengan masyarakat akan ditambah baik dengan pelbagai pengisian bermanfaat.

“Setakat ini program sudah berlangsung di lima daerah. Kita nampak sambutan sangat baik dan Tengku Amir Shah nampak gembira bila berjumpa rakyat dan dapat melakukan aktiviti bersama-sama.

“Dapat bersarapan, berbual dengan semua. Ini beri pengalaman baharu. Begitu juga dengan rakyat. Ini satu peluang melihat Tengku Amir Shah secara berdepan.

[caption id="attachment_655227" align="alignleft" width="500"] EXCO Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna Datuk Rizam Ismail di Bangunan SSAAS, Shah Alam pada 30 JULAI 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Minggu depan program akan diteruskan di Kuala Langat, diikuti Klang, Sabak Bernam dan penutup di Gombak. Kawasan Dato’ Menteri Besar dan beliau dijangka akan sertainya,” kata Dato’ Rizam Ismail kepada Selangorkini.

Wakil rakyat Sungai Air Tawar berkata satu program baharu yang mendekatkan Dato’ Seri Amirudin Shari dengan masyarakat juga bakal diadakan tahun depan.

“Ini merupakan idea beliau sendiri selepas melihat keberkesanan Gagasan Rumpun Selangor. Beliau mahu turun sendiri melihat rutin dan aktiviti rakyat lebih dekat dan bersama-sama sertai,” katanya.

Gagasan Rumpun Selangor membabitkan peruntukan RM4.5 juta diperkenalkan bagi meraikan kepelbagaian dan menyemarak semangat perpaduan di negeri ini. Setakat ini, program sudah berlangsung di Hulu Selangor, Hulu Langat, Sepang, Petaling dan Kuala Selangor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.