ad
AGENSI

Wakaf Selangor salur RM30,000 bantu sekolah agama naik taraf kemudahan

31 Jul 2024, 4:26 AM
Wakaf Selangor salur RM30,000 bantu sekolah agama naik taraf kemudahan

SHAH ALAM, 31 JULAI: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerah sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM30,000 kepada Sekolah Rendah Agama (SRA) Seri Cheeding, Kuala Langat pada semalam.

Menerusi Facebook, perbadanan itu memaklumkan sumbangan berkenaan bagi menampng kos menaik taraf pendawaian elektrik dan pemasangan lima unit penyaman udara di surau institusi itu.

“Serahan cek cura disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS Anuar Hamzah Tohar dan disambut mesra oleh Guru Penolong Kanan 1 Raihan Subhi mewakili pihak sekolah.

“Dalam majlis itu, Anuar Hamzah turut memberi taklimat wakaf bagi memberi kefahaman dan kesedaran serta hikmah berwakaf kepada guru-guru di sana,” katanya.

Tambah PWS, kaunter wakaf tunai turut dibuka bagi memudahkan para guru melaksanakan ibadah wakaf.

Wakaf tunai boleh dibuat secara dalam talian menerusi pautan https://fpx.wakafselangor.gov.my/ atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.