ad
AGENDA

Lapan gerai jualan di Uptown Danau Kota terbakar

31 Jul 2024, 2:51 AM
Lapan gerai jualan di Uptown Danau Kota terbakar

KUALA LUMPUR, 31 JULAI: Sebanyak lapan gerai jualan di Bazaria Wangsa Maju (Uptown Danau Kota) di sini, musnah dalam kebakaran pagi ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.02 pagi.

Komander Operasi M. Letchumanan berkata dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dengan bantuan BBP Setapak dikejarkan ke lokasi kejadian.

Beliau berkata sebaik tiba, pasukan bomba mendapati kebakaran 100 peratus membabitkan lapan gerai jualan di Bazaria Wangsa Maju.

"Operasi pemadaman dijalankan melibatkan kekuatan 14 anggota dengan api berjaya dikawal beberapa minit kemudian," katanya.

Letchumanan berkata kejadian itu tidak melibatkan mangsa dan punca kebakaran masih dalam siasatan unit forensik.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.