ad
AGENDA

Remaja perempuan hilang sejak Ahad lalu di Subang Jaya

30 Jul 2024, 3:27 PM
Remaja perempuan hilang sejak Ahad lalu di Subang Jaya

KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 14 tahun, yang dilaporkan hilang sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata remaja itu Puteri Damia Darwisyah Abdullah, yang mempunyai ketinggian 155 sentimeter dengan berat anggaran 60 kilogram dan berkulit sawo matang.

“Puteri Damia Darwisyah dipercayai dilihat kali terakhir di USJ 11, Subang Jaya, Selangor, pada Ahad 6 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu hubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627222, 03-78627100.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.