ad
AGENDA

Dua lelaki maut terperangkap dalam lubang pembetung

30 Jul 2024, 11:00 AM
Dua lelaki maut terperangkap dalam lubang pembetung

ALOR SETAR, 30 JULAI: Dua lelaki maut selepas terperangkap di dalam lubang pembetung di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting di Jitra, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.29 pagi sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.

Beliau berkata kedua-dua mangsa berusia 27 dan 31 tahun itu berada di dalam lubang pembetung sedalam kira-kira 4.5 meter.

“Anggota bomba menggunakan alat pengesan gas bagi memastikan tahap bahaya gas yang ada di lokasi sebelum turun ke dalam lubang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Bustan berkata kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar namun disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Operasi ditamatkan pada 12.32 tengah hari tadi.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.