ad
AGENDA

Mesej tular kenaikan gaji penjawat awam palsu, orang ramai dinasihat waspada

30 Jul 2024, 6:16 AM
Mesej tular kenaikan gaji penjawat awam palsu, orang ramai dinasihat waspada

KUALA LUMPUR, 30 JULAI: Kementerian Kewangan (MoF) menafikan pihaknya mengeluarkan sebarang pesanan di aplikasi WhatsApp yang ditularkan berhubung kenaikan gaji penjawat awam pada 25 Julai, dan mengatakan bahawa ia adalah palsu.

Kementerian Kewangan menerusi akaun media sosialnya menasihatkan orang awam agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu.

“Layari portal dan ikuti saluran media sosial rasmi Kementerian Kewangan untuk maklumat terkini dah sahih,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus bermula Disember ini.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.