ad
PBT

Sembilan individu angkat sumpah ahli majlis MBDK, tekad atasi isu penduduk

30 Jul 2024, 1:30 AM
Sembilan individu angkat sumpah ahli majlis MBDK, tekad atasi isu penduduk
Sembilan individu angkat sumpah ahli majlis MBDK, tekad atasi isu penduduk

Oleh AIDA MOHAMED NYAN

KLANG, 30 JULAI: Seramai sembilan individu mengangkat sumpah sebagai ahli majlis baharu Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bagi penggal 2024 - 2025, semalam.

Kesemua ahli majlis yang terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita menerima watikah yang disampaikan Datuk Bandar Klang Datin Paduka Noraini Roslan.

Berucap pada majlis berkenaan, Noraini mengingatkan mereka supaya memberi perkhidmatan yang cemerlang dan segera menyelesaikan masalah penduduk.

"Saya mewakili seluruh warga kerja MBDK ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan sembilan ahli majlis MBDK yang baharu.

"Saya berharap dengan pelantikan sebagai ahli majlis, Yang Berbahagia Dato', tuan, puan dapat menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab selaras hasrat Kerajaan Negeri dan kehendak Seksyen 10 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976," katanya.

[caption id="attachment_655003" align="aligncenter" width="736"] Datuk Bandar Klang Datin Paduka Noraini Roslan menyerahkan watikah pelantik ahli majlis baharu Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dalam satu majlis di ibu pejabat MBDK, Klang pada 29 Julai 2024. Foto Majlis Bandaraya Diraja Klang[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.