ad
AGENDA

Anwar hulur bantuan segera kepada mangsa kebakaran, doa diberi ketabahan

29 Jul 2024, 12:30 AM
Anwar hulur bantuan segera kepada mangsa kebakaran, doa diberi ketabahan
Anwar hulur bantuan segera kepada mangsa kebakaran, doa diberi ketabahan

KUALA LUMPUR, 28 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan segera sebanyak RM5,000 kepada setiap keluarga yang terlibat dalam kebakaran lapan buah rumah di Kampung Manjoi, Tambun, Perak hari ini.

Anwar, yang juga Ahli Parlimen Tambun, berkata sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik beliau Muhammad Kamil Abdul Munim.

“Saya difahamkan hasil laporan awal pihak bomba mendapati kebakaran berpunca daripada litar pintas.

"Sumbangan segera sebanyak RM5,000 telah disalurkan saudara Kamil bagi pihak saya kepada setiap keluarga yang terlibat,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Perdana Menteri turut mendoakan agar urusan mangsa kebakaran dipermudah dan mereka diberi ketabahan dalam mendepani ujian itu.

Menurut beberapa hantaran di laman Facebook, kebakaran yang berlaku sekitar 5.40 petang tadi memusnahkan lapan rumah dengan enam daripadanya berpenghuni. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

-- BERNAMA

[caption id="attachment_654896" align="aligncenter" width="701"] Lapan unit rumah musnah terbakar di Kampung Manjoi, Tambun, Perak pada 28 Jun 2024. Foo Facebook Anwar Ibrahim[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.