ad
BERITA UTAMA

Kibaran Jalur Gemilang simbol patriotisme, semangat jiwa merdeka

28 Jul 2024, 2:00 AM

Tanggal 31 Ogos sering membangkitkan semangat cintakan negara melalui kempen Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang. Setelah diadakan di Perak pada 2023, tahun ini giliran Selangor menjayakan pelancaran sambutan tersebut.

Disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Cyberjaya, Sepang pada 21 Julai, majlis itu turut dihadiri Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Berlangsung meriah di depan pelbagai lapisan masyarakat dan pelancong asing, perdana menteri mengibar Jalur Gemilang bersama sekumpulan kanak-kanak di atas pentas dengan disambut bangga para hadirin.

Program sehari itu, yang memapar kejayaan pelbagai agensi kerajaan dan kebudayaan negeri, dianjur sebulan menjelang Hari Kebangsaan ke-67 dan Hari Malaysia ke-61 dengan tema Malaysia Madani: Jiwa Merdeka.

Lensa MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN dan REMY ARIFIN merakam sebahagian acara menarik saat pelancaran tersebut. Keterangan disediakan oleh HAFIZAN TAIB.

[caption id="attachment_654715" align="aligncenter" width="628"] Mengenakan aksesori pelbagai etnik, peserta program sampaikan lagu Citra Malaysia Madani dengan semangat dan penuh ceria[/caption]

[caption id="attachment_654716" align="aligncenter" width="627"] Perdana menteri menegakkan lambang kemegahan negara ketika majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang[/caption]

[caption id="attachment_654739" align="aligncenter" width="648"] Peserta wanita bergambar beramai-ramai sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan bangga di Dewan Acara Cyber[/caption]

[caption id="attachment_654717" align="aligncenter" width="650"] Anggota pasukan keselamatan, penjawat awam, penuntut dan wakil agensi melafaz Rukun Negara disambut hadirin[/caption]

[caption id="attachment_654718" align="aligncenter" width="654"] Dengan simbol pakaian pelbagai etnik, peserta mengibarkan Jalur Gemilang di atas pentas pada akhir acara pelancaran[/caption]

[caption id="attachment_654719" align="aligncenter" width="649"] Perdana menteri, Dato' Menteri Besar dan menteri komunikasi teruja menyaksikan persembahan seni bela diri oleh pesilat remaja[/caption]

[caption id="attachment_654740" align="aligncenter" width="641"] Seorang peniaga menerangkan pakaian tradisi Melayu termasuk beberapa jenis tanjak kepada pelawat[/caption]

[caption id="attachment_654720" align="aligncenter" width="654"] Gerai Jualan Ehsan Rahmah kendalian PKPS menjadi tumpuan pengunjung yang ingin membeli barangan dapur lebih murah[/caption]

[caption id="attachment_654721" align="aligncenter" width="671"] Tiga kanak-kanak bermain kit pintar mTiny yang mengajar pengekodan menggunakan robot dan kad program[/caption]

[caption id="attachment_654722" align="aligncenter" width="665"] Tiga kanak-kanak bermain kit pintar mTiny yang mengajar pengekodan menggunakan robot dan kad program[/caption]

[caption id="attachment_654723" align="aligncenter" width="666"] Kanak-kanak membelek buku di rak khutubkhanah bergerak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor[/caption]

[caption id="attachment_654724" align="aligncenter" width="682"] Pengunjung memilih buah-buahan di reruai Selangor Fruit Valley, sebuah projek kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)[/caption]

[caption id="attachment_654726" align="aligncenter" width="688"] Anwar, Amirudin dan Fahmi sama-sama mengibar Jalur Gemilang ketika melepaskan konvoi kibaran bendera[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.