ad
AGENSI

PPAS, PBT kerjasama bawa BA.CA Basikal Buku ke program hari tanpa kenderaan

27 Jul 2024, 2:00 PM
PPAS, PBT kerjasama bawa BA.CA Basikal Buku ke program hari tanpa kenderaan
PPAS, PBT kerjasama bawa BA.CA Basikal Buku ke program hari tanpa kenderaan
PPAS, PBT kerjasama bawa BA.CA Basikal Buku ke program hari tanpa kenderaan
PPAS, PBT kerjasama bawa BA.CA Basikal Buku ke program hari tanpa kenderaan

SHAH ALAM, 27 JULAI: Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membawa perkhidmatan perpustakaan bergerak, BA.CA Basikal Buku ke program hari tanpa kenderaan.

Ketua Bahagian Unit Korporatnya Zafrullah Aris berkata kerjasama itu sejajar dengan objektif program berkenaan yang ingin memberi akses bahan bacaan lebih mudah kepada rakyat.

[caption id="attachment_654664" align="aligncenter" width="809"] Ketua Unit Bahagian Korporat PPAS Zafrullah Aris bercakap kepada Media Selangor ketika Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor (SCBF) 2024 yang berlangsung di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 27 Julai 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Kita bekerjasama dengan pihak berkuasa PBT untuk membawa perkhidmatan ini ke program hari tanpa kenderaan berikutan mereka sentiasa konsisten menganjurkannya

"Setakat ini, kita mempunyai tiga basikal dan sedia digerakkan ke lokasi yang sedang dikenal pasti. Sekiranya mendapat sambutan kita pertimbang untuk memperluaskan lagi perkhidmatan ini." katanya. katanya.

Ditemui di Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor di Kompleks PKNS hari ini, beliau memaklumkan bahan bacaan mesra keluarga dan buku kanak-kanak antara yang akan dibawa menggunakan perkhidmatan tersebut.

[caption id="attachment_654666" align="aligncenter" width="814"] Orang ramai memilih buku kanak-kanak di reruai Bravo Global Venture ketika ketika Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor (SCBF) 2024 yang berlangsung di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 27 Julai 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Kelmarin, EXCO Belia Najwan Halimi diiringi Pengarah PPAS Datin Paduka Mastura Muhamad melancarkan BA.CA Basikal Buku sempena majlis perasmian Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor.

Dijadual beroperasi Ogos ini, perkhidmatan membawa buku dengan basikal itu akan memasuki kawasan sukar diakses kenderaan seperti taman rekreasi dan kediaman projek perumahan rakyat.

[caption id="attachment_654665" align="aligncenter" width="815"] Kanak-kanak mewarna buku lukisan di reruai Awal ketika Pesta Buku Kanak-Kanak Selangor (SCBF) 2024 yang berlangsung di Kompleks PKNS, Shah Alam pada 27 Julai 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.