ad
AGENDA

PM santuni pengawal keselamatan Kompleks Seri Perdana terlibat kemalangan

27 Jul 2024, 4:49 AM
PM santuni pengawal keselamatan Kompleks Seri Perdana terlibat kemalangan

KUALA LUMPUR, 27 JULAI: Pengawal keselamatan Kompleks Seri Perdana Mohd Nuramin, yang terlibat dalam nahas jalan raya baru-baru ini menerima sumbangan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut hantaran dalam Facebook Anwar hari ini, sumbangan untuk meringankan beban kos perubatan dan urusan seharian keluarga pegawal keselamatan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Ahmad Farhan Fauzi yang mewakilinya dalam sesi Ziarah Madani.

“Beliau mengalami kecederaan serius akibat nahas itu dan perlu menjalani beberapa prosedur pembedahan. Alhamdulillah, saya dimaklumkan saudara Mohd Nuramin kini beransur pulih.

“Semoga saudara Mohd Nuramin diberikan afiyah dan kesembuhan segera, sekali gus dapat kembali bertugas seperti biasa, insya-Allah,” menurut hantaran itu.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.