ad
AGENSI

Wakaf Selangor sumbang RM45,000 baik pulih bangunan sekolah agama

27 Jul 2024, 1:00 AM
Wakaf Selangor sumbang RM45,000 baik pulih bangunan sekolah agama

SHAH ALAM, 27 JULAI: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) semalam menyumbangkan wakaf fisabilillah berjumlah RM45,000 kepada Sekolah Rendah Agama Harmoni Taman Ria, Sekinchan.

Sumbangan diserahkan Pegawai Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat Muhammad Suffian Assauri Omar bagi membantu membaik pulih serta menaik taraf bangunan sekolah berkenaan.

“Sesi penerangan wakaf tunai juga turut disampaikan oleh Muhammad Suffian sendiri bagi menyebarluaskan lagi dakwah, kefahaman dan kesedaran serta hikmah dan fadhilat berwakaf kepada guru di sana,” kata PWS di Facebook.

PWS turut membuka kaunter wakaf di situ bagi memberi peluang kepada guru untuk melaksanakan amalan sunnah berwakaf melalui potongan gaji dan secara tunai terus.

Penubuhan PWS yang juga anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (Mais) diwartakan pada 11 Januari 2011 hasil buah fikiran Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.

Pada 2009, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah supaya Mais menubuhkan perbadanan itu supaya pengurusan wakaf dapat diperkasa seperti zakat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.