ad
SELANGOR

Imigresen Selangor tahan 25 pekerja asing tiada permit, dokumen sah

26 Jul 2024, 11:51 AM
Imigresen Selangor tahan 25 pekerja asing tiada permit, dokumen sah

KUALA LUMPUR 26 JULAI: Seramai 25 pendatang tanpa izin ditahan dalam beberapa serbuan di 26 premis di sekitar Lembah Klang semalam kerana disyaki tidak mempunyai dokumen pengenalanan diri yang sah.

Pengarah Jabatan Imigresen Selangor Khairrul Aminus Kamaruddin berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 18 lelaki dan tujuh wanita antaranya dari Indonesia, Bangladesh dan China itu berusia di antara 20 hingga 40 tahun.

“Semua pendatang tanpa izin di bawa ke Depoh Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut. Mereka yang ditahan didapati bekerja sebagai penjaja, pekerja kedai runcit, kedai makan, gunting rambut, pelayan di pusat hiburan dan pekerja bengkel kereta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.