ad
AGENDA

Sultan Selangor hadir majlis bacaan Yasin, doa selamat sempena Hari Pahlawan

26 Jul 2024, 10:10 AM
Sultan Selangor hadir majlis bacaan Yasin, doa selamat sempena Hari Pahlawan

SHAH ALAM, 26 JULAI:  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Selangor 2024.

Turut hadir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haris Kasim, Panglima 11 Briged Infantri Brig Jen Shahir Hafizul Abd Rahman dan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Bacaan Yasin dan doa selamat itu dipimpin oleh Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir dan disertai oleh pegawai serta anggota pasukan keselamatan yang bertugas di Selangor.

Sultan Sharafuddin kemudian menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah bertajuk Pahlawan Negara Diredai dan Perjuangan Diwarisi.

Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun bagi memperingati jasa anggota bersenjata yang telah berbakti mempertahankan negara.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.