ad
BERITA UTAMA

RS-1 lengkap semua aspek, bantu tingkat peratusan KDNK negeri

26 Jul 2024, 7:13 AM
RS-1 lengkap semua aspek, bantu tingkat peratusan KDNK negeri
RS-1 lengkap semua aspek, bantu tingkat peratusan KDNK negeri

KUALA LUMPUR, 26 JULAI: Rancangan Selangor Pertama (RS-1) akan meningkatkan peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri sehingga 0.5 peratus pada masa akan datang.

Dato’ Menteri Besar berkata menerusi pelan pembangunan lima tahun berkenaan, Selangor mencatatkan KDNK sebanyak 25.9 peratus tahun lalu, meningkat 0.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“RS-1 ini berbeza dengan Rancangan Malaysia. RS-1 lebih teliti kerana libatkan kerjasama negeri, persekutuan dan sektor swasta. Kita panggil semua sektor dan agensi untuk tahu pelan, insiatif mereka. Kita bandingkan, lihat ‘blue print’ masing-masing.

“Kita dapat lihat RS-1 sudah beri kesan kepada KDNK. Sebelum ini kita lihat naik antara 0.2 hingga 0.3 peratus sahaja tapi bila lancarkan, melompat hampir 0.5 peratus.

[caption id="attachment_654433" align="alignnone" width="827"] Pengurus Silicon Island Development, Marianne Loke (kanan) memberi penerangan kepada pengunjung ketika Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur pada 26 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Ini disebabkan RS-1 ini lebih mendalam perancangannya. Ditambah dengan sokongan tenaga kerja dan infrastruktur. Kita yakin mampu sumbang RM500 bilion dalam masa beberapa tahun ini,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel dalam sesi dialog khas sempena penganjuran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Tambah beliau, pelan rancangan berkenaan juga tidak hanya memfokuskan aspek ekonomi semata-mata sebaliknya menyentuh elemen sosial kebajikan rakyat dan kelestarian mampam alam sekitar.

RS-1 yang dibentang pada Julai 2022 melibatkan nilai keseluruhan RM212.44 bilion dengan pelaksanaan 262 projek. Daripada jumlah itu sebanyak RM92.44 bilion disalur kepada projek pembangunan peringkat negeri termasuk pelaksanaan beberapa insentif bagi menjamin kebajikan rakyat.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.