ad
AGENDA

Pemulihan bekalan air capai 93.5 peratus takat 12 tengah hari

25 Jul 2024, 5:54 AM

SHAH ALAM, 26 JULAI: Status pemulihan bekalan air di kawasan terlibat susulan henti tugas sementara empat loji rawatan air (LRA) mencapai 93.5 peratus setakat 12 tengah hari.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bekalan air di beberapa kawasan telah pulih pagi tadi manakala jangkaan pemulihan keseluruhan wilayah terjejas adalah pada jam 8 pagi esok.

"Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas berbeza bergantung kepada faktor seperti tekanan air pada sistem agihan bekalan air, keadaan muka bumi serta jarak jajaran paip dan lokasi premis pengguna.

"Lori tangki digerakkan ke kawasan yang masih terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian," maklumnya di Facebook

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/ selain Facebook, Instagram dan X. Air Selangor juga boleh dihubungi di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/

Susulan pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah, Air Selangor terpaksa menghenti tugas sementara LRA Rantau Panjang, SSP1, SSP2 dan SSP3.

Berikutan itu, tujuh wilayah iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.