ad
AGENDA

Pemulihan bekalan air capai hampir 47 peratus setakat 6 petang

24 Jul 2024, 11:39 AM
Pemulihan bekalan air capai hampir 47 peratus setakat 6 petang
Pemulihan bekalan air capai hampir 47 peratus setakat 6 petang

SHAH ALAM, 24 JULAI: Status pemulihan bekalan air di kawasan terlibat henti tugas sementara empat loji rawatan air (LRA) mencapai 46.9 peratus setakat 6 petang.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan pemulihan bekalan dijangka mencapai 40 peratus pada jam 8 pagi esok diikuti 90 peratus pada 8 malam.

"Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 8 pagi Jumaat," katanya menerusi kenyataan.

Air Selangor terus menggerakkan lori tangki air ke kawasan yang masih terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Bantuan bekalan air alternatif menerusi 17 Pusat Khidmat Setempat (PKS) turut disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang tersenarai.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/ selain Facebook, Instagram dan X.

Air Selangor juga boleh dihubungi di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/

Susulan pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah, Air Selangor terpaksa menghenti tugas sementara LRA Rantau Panjang, Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) dan Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3).

Berikutan itu, tujuh wilayah iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.