ad
AGENDA

Isu Palestin: PM gesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa percepat tindakan

23 Jul 2024, 2:20 PM
Isu Palestin: PM gesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa percepat tindakan

KUALA LUMPUR, 23 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Karim Khan.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar berkata pada pertemuan itu beliau dimaklumkan mengenai peranan ICC serta perkembangan isu antarabangsa terutama di Palestin dan Myanmar.

Perdana Menteri berkata beliau menekankan bahawa Malaysia menuntut akauntabiliti atas segala jenayah kejam rejim Zionis Israel termasuk penganiayaan terhadap rakyat Palestin khususnya kanak-kanak.

"Malah saya juga menggesa pihak ICC untuk mempercepatkan tindakan demi menegakkan keadilan bagi rakyat Palestin," katanya.

Mengenai isu di Myanmar, Anwar mengulangi kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan negara Asean dalam mencari jalan penyelesaian.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.