ad
BERITA UTAMA

Selangor hasrat tambah jentuai mini, bantu pesawah tingkat hasil

23 Jul 2024, 1:00 PM
Selangor hasrat tambah jentuai mini, bantu pesawah tingkat hasil
Selangor hasrat tambah jentuai mini, bantu pesawah tingkat hasil

SABAK BERNAM, 23 JULAI: Kerajaan Negeri bercadang menambah jentera menuai (jentuai) mini bagi membantu pesawah berdepan kehilangan hasil tuaian yang banyak.

EXCO Infrastruktur Ir Izham Hashim berkata penggunaan jentera itu dapat mengurangkan pembaziran padi sehingga lima peratus berbanding 20 peratus sebelum ini.

"Salah satu kaedah terbaik untuk tingkatkan hasil padi adalah menukar kepada jentuai mini berbanding digunakan sekarang yang besar.

"Jentuai besar ini menyebabkan banyak kehilangan padi sekitar 20 peratus... contohnya jika 1,000 hektar anggaran pengeluaran padi 7,000 tan pesawah boleh rugi kira-kira 1,400 tan.

"Dengan penggunaan jentuai mini, pesawah hanya kehilangan lima peratus sahaja. Setakat ini, di Selangor kita ada tujuh mesin jentuai iaitu tiga di bawah Jabatan Pertanian dan selebihnya diuruskan Pertubuhan Peladang Negeri Selangor bahagian jentera," katanya.

[caption id="attachment_653888" align="alignnone" width="794"] EXCO Infrastruktur dan Pertanian, Ir Izham Hashim bergambar bersama selepas Majlis Penyerahan Jentuai Mini Pertubuhan Peladang Negeri Selangor di Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sekinchan, Sabak Bernam pada 23 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Terdahulu, beliau melawat Pertubuhan Peladang Negeri Selangor bahagian jentera selain menyaksikan majlis penyerahan dua jentuai mini berharga RM310,000.

Dalam perkembangan lain, Izham menjelaskan Kerajaan Negeri kini dalam proses memajukan pertanian dengan meningkatkan hasil sekali gus menambah pendapatan.

"Kita hendak modenkan agensi dan jabatan supaya pertanian lengkap dengan peralatan digunakan petani dan pesawah.

"Dengan meningkatkan keupayaan ini terutama jentera ia dapat bantu mereka tingkatkan hasil," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.