ad
AGENDA

Murid 10 tahun hilang ketika balik sekolah dijumpai di pusat beli-belah

23 Jul 2024, 11:44 AM
Murid 10 tahun hilang ketika balik sekolah dijumpai di pusat beli-belah

JOHOR BAHRU, 23 JULAI: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang selepas pulang dari sekolah di Mount Austin di sini tengah hari tadi dijumpai oleh pihak polis di pusat beli-belah AEON Tebrau.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata Cheng Dong Yao yang juga pelajar tahun empat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Foon Yew 5, dijumpai pada 4.30 petang dalam keadaan selamat.

“Dia berjalan kaki dari sekolah hingga AEON Tebrau,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Terdahulu, tular di media sosial kehilangan Cheng yang kali terakhir dilihat menggalas beg dan berjalan kaki seorang diri selepas dipercayai terlepas bas sekolah.

Polis telah menggerakkan pasukan mencari yang turut disertai oleh ibu pelajar itu.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.