ad
PBT

Amirul Azizan dilantik datuk bandar baharu Subang Jaya berkuat kuasa hari ini

22 Jul 2024, 6:18 AM
Amirul Azizan dilantik datuk bandar baharu Subang Jaya berkuat kuasa hari ini

SHAH ALAM, 22 JULAI: Mantan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat Dato' Amirul Azizan Abd Rahim dilantik sebagai Datuk Bandar Subang Jaya yang baharu, berkuat kuasa hari ini.

Menerusi Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, penyerahan surat pelantikan tersebut disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Setia Haris Kasim.

“Tahniah dan selamat bertugas diucapkan,” katanya menambah majlis turut dihadiri Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Dato' Mohd Yazid Sairi.

Sementara itu, MBSJ menerusi Facebook mengalu-alukan pelantikan Amirul, yang diyakini akan memperkuatkan lagi jentera pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.

“Semoga Datuk Bandar yang baharu akan memperkuatkan lagi jentera pentadbiran MBSJ untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada komuniti bandar raya,” katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.