ad
AGENDA

Anwar serah sumbangan kepada bekas pengawal pengiring, doa diberi kesembuhan

20 Jul 2024, 4:49 AM
Anwar serah sumbangan kepada bekas pengawal pengiring, doa diberi kesembuhan

KUALA LUMPUR, 20 JULAI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Hanafi Hadi yang pernah menjadi pengawal pengiringnya dan kini terlantar sakit.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, Anwar berkata sumbangan bagi meringankan beban kos perubatan dan pembelian kerusi roda khas itu disampaikan oleh Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi.

"Saudara Hanafi kini terlantar akibat penyakit yang menyerang fungsi pergerakan badan, tangan dan kaki sekali gus menyukarkan pergerakan beliau," katanya.

Perdana Menteri turut mendoakan agar Hanafi diberi kesembuhan sesegera mungkin.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.